JENIS JERAWAT BERBAHAYA PADA KULIT


Haiii assalamualaikum readers ! Apa khabar semuanya? Harini atul ada kesempatan sikit lah nak share sikit tentang jenis jenis jerawat yang sememangnya amat menakutkan bagi semua orang sebab ia akan muncul dikulit tauu,so automatik akan nampak,sebab muka kita ada satu jee😫😬




Rasa nak juga share ,supaya lebih ramai uolss yang kt luar sana lebih alert dengan keadaan sekarang ni,banyak faktor bole menyebabkan jerawat tau.Persekitaran & bertukaran skincare,salah pakai skincare.Terlampau banyak mercury.eeeee bahayakann...jangan ambil risiko ambil produk murah,then seumur hidup kena tanggung luka parah pada kulit.

Okay jommm...baca ni 😍


Jerawat terjadi kerana pori pori tersumbat sehingga minyak,sel kulit mati dan bakteria terjebak tak bole keluar.Akibatnya terjadi iritasi atau peradangan diarea tu.Jerawat umumnya mulai muncul di usia pubertas dan bole jadi memburuk pada kulit yang jenis berminyak.Ada banyak jenis jerawat,seperti tertulis dalam Journal Of the European Academy of Dermatology and Venereology,edisi tahun 2011.Apapun jenis jerawatnya,jangan dipicit.Cuba atasi dengan membersihkan kulit secara konsisten dua kali sehari,terutama waktu malam.Tak ada ubat jerawat yang  betul² mnyerap jika kulit tidak dibersihkan.Jenis jenis jerawat yang umum biasa terjadi ialah :-

Komedo /blackhead& whitehead 

Ada dua macam,hitam dan putih .Komedo putih(whitehead) terjadi akibat pori pori tertutup,sehingga minyak,bakteria dan sel kulit mati mendap dari dalam kulit.Akibatnya titik putih ni,muncul dipermukaan kulit,komedo ini siklusnya lebih pendek daripada yang hitam.
Jika komedo hitam terjadi apabila pori pori tersumbat hanya sebahagian,sehingga minyak,bakteria dan sel kulit mati,tidak mengalir lancar ke permukaan kulit.Warna hitam muncul,bukan kerana kotor,Itu melanin.pigmen kulit yang teroksidansi .Komedo hitam(blackhead) biasanya menetap lebih lama pada kulit.

Papula 

Jerawat ini pula adalah jerawat yang kemerahan,(pink)tetapi tidak ada matanya,Jangan dipicit kerana akan memparahkan bekasnya.Dahi dan pipi sering jadi sasaran.

Pustule 

Jerawat ini pula merupakan benjolan kecil merah meradang dan di tengahnya berisi nanah berwarna putih atau kuning.Peradangan akibat iritasi zat ,kimia bukan bakteria.

Untuk merawat,perlu menjaga kebersihan kulit dan diet sihat cukup efektif mengatasi komedo,papula dan pustula.

Nodul 

Jerawat vulgaris yang termasuk parah ini tentu lebih besar dari pustula,terasa nyeri,dan bisa sampai ke berbulan bulan hilang
Benjolannya keras dibawah kulit,mudah sembuh.Tapi jangan dipicit.Ini harus ditanya doktor ahli pakar kulit,untuk mengurangkan bengkak dan mencegah bekas luka,misalnya disuntik kortison.

Jerawat batu

Luka berisi nanah ini lebih besar dan lebih nyeri dari nodul.Munculnya agak jauh dibawah kulit.Memicit jerawat ini boleh menyebabkan infeksi,peradangan lebih nyeri dan meninggalkan bekas luka yang dalam.Suntikan kortison boleh dilakukan dokter ahli pakar kulit untuk mengurangkan bengkak dan mncegah bekas luka.

Jerawat rosacea 

Ruam kemerahan ini banyak dialami usia 30tahun keatas.Umumnya akan muncul di pipi,hidung,dahi dan dagu.Mungkin juga muncul bintik bintik jerawat dan kulit jadi rosak.Keadaan ini harus ditangani dokter pakar ahli kulit jika tidak lebih parah

                    Jerawat conglobata

Ini adalah jenis jerawat yang paling parah dari jerawat vulgaris dan banyak lagi dialami prig.Cirinya ada banyak yang bersambung sambung.Cthnya ,jerawat yang merangkumi semua,jerawat batu,pustula dan bering disertai infeksi bakteria yang parah.

Boleh menyebabkan kerosakan kulit.Biasa muncul diwajah,dada,punggung,lengan atas,perut,dan paha.Kebanyakannya dijumpai pada usia 18-30tahun dan boleh bertahan aktif selama beberapa tahun.

Penyebabnya belum diketahui lagi,sangat kebal dengan ubat.Jadi harus ditangani dengan agresif.Rosacea fulminan.

Lebih suka tumbuh di wajah perempuan,terutama 20-40tahun.Jerawat ini besar,nyeri dan boleh muncul tiba tiba bahkan kulit yang tak pernah berjerawat pun.


Bahaya betul jerawat niihhhhh😱😱😱

Kalau dibiarkan makin jelas lah ,makin teruk nantiπŸ˜₯πŸ˜₯

Notakaki info :-

5 JENIS JERAWAT YG ANDA PERLU TAHU ✋

πŸ‘‰1. Jerawat Papula - Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.
πŸ‘‰2. Jerawat Pustula - Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)
πŸ‘‰3. Blakheads - Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.
πŸ‘‰4. Whiteheads - Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.
πŸ‘‰5. Nodule -Terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit. Lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak hilang selama berbulan-bulan.
Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.
Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas kecut. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

=====
Bagaimana Jerawat Timbul?
=====

Secara ringkasnya, apabila kita akil baligh, hormon androgen dalam badan meningkat menyebabkan kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak di kulit kita makin aktif.
Minyak yang berlebihan di kulit kita menyebabkan folikel rambut (atau bulu roma) mudah tersumbat menyebabkan sisa sel kulit terkumpul dalam liang folikel dan membentek 'mikrokomedo'.
Mikrokomedo ini kemudian membesar lalu menjadi jerawat yang dapat dilihat dengan mata kasar. Jika komedo tertanam di dalam liang, ia menjadi komedo tertutup dan menghasilkan 'jerawat batu'.
Pembentukan komedo ini akan menyebabkan pertumbuhan kuman, ini akan menyebabkan sel-sel badan yang melawan penyakit (leukosit) berkumpul pada komedo lalu menyebabkan keradangan (inflammation).
Pengumpulan sel ini menyebabkan jerawat jadi merah dan dikenali sebagai papule. Jika bertambah teruk, nanah akan terkumpul dalam komedo lalu hasilkan jerawat berpustul.
Jika pustule ini tidak dirawat, jerawat boleh pecah dan menjangkiti bahagian kulit lain. Semasa postule pecah, kesan parut akan tertinggal dan ini akan mencacatkan paras rupa kulit jika jerawat ini tumbuh di muka.

=====
KESAN JERAWAT
=====

Walaupun jerawat ini bukanlah satu penyakit yang membahayakan, tetapi ia boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan juga jangka panjang.
Kesan jangka pendek akibat jerawat:
1. Bintik merah di muka
2. Rasa malu yang teruk
3. Sakit
4. Kulit jadi kering, kusam dan gatal.
5. Kulit jadi terlalu berminyak.
6. Warna kulit jadi tidak sekata

Kesan jangka panjang jerawat:
Jerawat teruk yang tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan
[+] Parut yang brekekalan
[+] Kulit muka jadi berlekuk dan tidak rata
[+] Bintik hitam dan putih pada muka
[+] Jadi kurang keyakinan diri.
[+] Alami tekanan perasaan.

======

Sharing with loveπŸ’“πŸ’“πŸ’“

So please . Anda perlu cari solusi dari sekarang😁

Perlukan bantuan atul?nanti atul share lagi..apa yang korang perlukan untuk merawat dan mengecutkan jerawat ni.


Atul Mk 016-6335794Independent Beauty Consultant 
  



Popular posts from this blog

Kenali ciri ciri produk bermerkuri

KENAPA PERLU NYA SUNBLOCK,SUNSCREEN PADA KULIT?

Promo Hari Raya 🎊🎈